Thursday, February 26, 2009

Lagu Untuk Gaza



Khan Yunis nyanyian Iya


We Will Not Go Down (Song For Gaza) - Michael Heart

Thursday, January 29, 2009

PROGRAM DOA BUAT PALESTIN

Satu program mengutip dana untuk rakyat Palestin akan diadakan pada Hari Wilayah (1 Feb 2009) bertempat di Istana Budaya, Jalan Tun Razak.


Anjuran: Yayasan Seni Karya Prihatin dengan kerjasama SahabatPalestine.
Tempat : Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Tarikh : 1 Feb (Ahad) dan 2 Feb (Isnin) 2009.

Aturcara


Ahad (1 Feb 2009)

10.00 am : Demonstrasi Aman di perkarangan Istana Budaya.

01.30 pm : Solat Zuhur

02.00 pm : Persembahan nashid artis tanah air

Bahan lain : Setiap individu boleh membawa sepandok & placard untuk menunjukkan bantahan

Maklumat lanjut akan di update sebentar lagi.

Thursday, January 22, 2009

Kempen Silence Jihad (Pejuang Senyap Dalam Senyum)

Inilah Sahabat-Sahabat Palestine yang membuat Kempen Silence Jihad
Berani...teratur...tidak menggangu orang ramai, senyap, sentiasa tersenyum...TETAPI AMAT BERKESAN

TAHNIAH!!!TAHNIAH!!!TAHNIAH!!!



Sahabat palestine yang hensem & murah senyum (selanjutnya)


Penulis menerima email dari salah seorang sahabat palestine di kuala lumpur.
Beliau bersama 2 orang rakan nya memegang poster boykot McDajal di
HADAPAN RESTORAN MCDAJAL BUKIT BINTANG!!!
Penulis mendapat laporan yang boleh dipercayai...sejak sahabat palestine berada disitu 3 hari berturut2...jualan mereka turun 60% .
Ini membuktikan apa? Jika berterusan kita boleh kasi tutup itu MCDajal.
Masyarakat perlu dikejutkan sentiasa. Perlu disedarkan.

Penulis ingin meminta semua sahabat palestine agar mencontohi sahabat kita ini.
Nasihat berguna:
1. Buatlah berkumpulan tetapi jangan melebihi 4 orang dalam 1 kumpulan.
2. Jangan menggangu pelanggan yang tetap ingin masuk.
3. Tidak perlu menjerit.
4. Hanya berdiri..senyum dan senyum....( ramai yang x jd masuk..percayalah)
5. Tidak perlu kekerasan.
6. Menggunakan budibicara secara bijaksana.
7. Istiqamah (buat beberapa kumpulan secara bergilir di satu2 cawangan Mcdajal)
8. Jaga keselamatan diri
9. Doa
10.SABAR!!!
InsyaAllah, penulis akan cuba uruskan kempen Silence Jihad ini secara lebih teratur...kita kan adakan Minggu Silence Jihad.
Satu minggu di mana setiap cawangan McDajal akan ada sahabat palestine yg membuat Silence Jihad.

Sampai bertemu lagi.
Salam Perjuangan.

Sijil Akuan Sumpah



Salam.

Pertama-tamanya penulis ingin memanjatkan syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kuniaNya dapat kita memulakan perjuangan ini dan meneruskannya. InsyaAllah.

Seterusnya penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang menyokong, membantu, mendoakan perjuangan ini.

Seperti yg dirancangkan..: (selanjutnya) pada peringkat awal dulu Sahabat Palestine akan bergerak dalam dua fasa.

1. Kempen Sejuta Tandatangan....


Alhamdulillah telah pun berjaya dilaksanakan dengan sokongan seluruh masyarakat Malaysia dari pelbagai golongan tanpa mengira bangsa, ugama, latar belakang, pahaman politik dan warna kulit.

Walaupun sebagaimana yg kita tahu, Kedutaan US tidak menerima sejuta tandatangan tersebut..tetapi kesan nya dapat kita lihat dan rasakan hingga ke hari ini.
Isu US tidak mahu menerima t/tgn itu masih menjadi perbualan umum dan penulis telah melihat isu ini diperdebatkan oleh golongan bijakpandai di dada-dada akhbar dan tv (walaupun diorang x tandatangan :) )

Harapan penulis banyak lagi golongan yang akan terdetik kalaupun tidak tersentak dalam benak mereka apa yang boleh dilakukan oleh rakyat biasa seperti kita.

2. Boikot...
Bermula dari 16 Jan 2009 (Jumaat) sahabat sahabat palestine telah pun memulakan kempen boikot secara serius..

Sebolehnya kita akan memboikot sebanyak mungkin barangan kepentingan Zionis...dan kita mulakan dengan 3 yang utama dahulu..yang mana terlalu banyak disumbangkan oleh umat islam Malaysia untuk menaja pembunuhan saudara sendiri.

Kita fokus pada 3..
1.McDajal
2.Tesco
3.Coca-cola


Kita ingin menjalankan boikot yang berkesan..dan pasti ia memerlukan pengorbanan..memang susah tapi tak mustahil.

Resamnya manusia sering terlupa....hari ini kita bertekad..esok lusa kita lupa.
Maka untuk membantu mengingatkan tekad kita...blog sahabatpalestine menyediakan Sijil Sumpah ( download & print) pada diri sendiri.

Sebaik-baiknya setiap rumah buat kerana sesuatu yang bertulis itu lebih terkesan dihati kita, apatah lagi bila kita turunkan tanda tangan.

Jadi print sijil ini...tandatangan dan framekan kalau boleh...gantung di ruang tamu macam sijil2 kita yang lain. Paling tidak pun tampallah di dinding, di tempat yang pasti kita dan keluarga serta tetamu akan sering lihat.

Kita buat..dan insyaAllah kita lihat kesan nya nanti....setiap tetamu yang datang akan bertanya dan akan membuat seperti yang kita buat.

Kepada yang dah buat...penulis mengalu-alukan kalau dapat diambil gambar dan email kepada sahabatpalestine. InsyaAllah laman web kita dalam proses pembinaan. Akan ada galeri sijil.. :)
kita masukkan gambar2 sijil kita...

InsyaAllah dalam masa terdekat, sahabat palestine akan menyiapkan kelendar yang juga ada akuan sumpah boikot. Jadi tiap hari kita tengok kelendar...tiap kali itulah kita akan teringat sumpah kita..tunggu....sikiitttt masa lagi.


Penulis minta diri dulu...berjumpa lg di lain waktu...

p/s- Penulis amat mengharapkan sebarang komen membina dari para pembaca.

Wednesday, January 21, 2009

Penduduk AU3

(selanjutnya)


Kemarahan penduduk AU3



Terima kasih abg ni..jaga lalu lintas :)

Ketika sumpah di lafazkan

Bendera Israel di tengah jalan..


Zubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Penyerahan Tandatangan (gambar)

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat...
terimakasih pada jurugambar...
(selanjutnya)

Wakil dari PSPMP

Wakil dari Pekida Wilayah

Wakil dari Parti Islam Semalaysia



Tandatangan yang dibawa

Pihak polis yg bnyk bg kerjasama








Tuesday, January 20, 2009

Resolusi PBB