Thursday, February 26, 2009

Lagu Untuk Gaza



Khan Yunis nyanyian Iya


We Will Not Go Down (Song For Gaza) - Michael Heart

Thursday, January 29, 2009

PROGRAM DOA BUAT PALESTIN

Satu program mengutip dana untuk rakyat Palestin akan diadakan pada Hari Wilayah (1 Feb 2009) bertempat di Istana Budaya, Jalan Tun Razak.


Anjuran: Yayasan Seni Karya Prihatin dengan kerjasama SahabatPalestine.
Tempat : Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Tarikh : 1 Feb (Ahad) dan 2 Feb (Isnin) 2009.

Aturcara


Ahad (1 Feb 2009)

10.00 am : Demonstrasi Aman di perkarangan Istana Budaya.

01.30 pm : Solat Zuhur

02.00 pm : Persembahan nashid artis tanah air

Bahan lain : Setiap individu boleh membawa sepandok & placard untuk menunjukkan bantahan

Maklumat lanjut akan di update sebentar lagi.

Thursday, January 22, 2009

Kempen Silence Jihad (Pejuang Senyap Dalam Senyum)

Inilah Sahabat-Sahabat Palestine yang membuat Kempen Silence Jihad
Berani...teratur...tidak menggangu orang ramai, senyap, sentiasa tersenyum...TETAPI AMAT BERKESAN

TAHNIAH!!!TAHNIAH!!!TAHNIAH!!!



Sahabat palestine yang hensem & murah senyum (selanjutnya)


Penulis menerima email dari salah seorang sahabat palestine di kuala lumpur.
Beliau bersama 2 orang rakan nya memegang poster boykot McDajal di
HADAPAN RESTORAN MCDAJAL BUKIT BINTANG!!!
Penulis mendapat laporan yang boleh dipercayai...sejak sahabat palestine berada disitu 3 hari berturut2...jualan mereka turun 60% .
Ini membuktikan apa? Jika berterusan kita boleh kasi tutup itu MCDajal.
Masyarakat perlu dikejutkan sentiasa. Perlu disedarkan.

Penulis ingin meminta semua sahabat palestine agar mencontohi sahabat kita ini.
Nasihat berguna:
1. Buatlah berkumpulan tetapi jangan melebihi 4 orang dalam 1 kumpulan.
2. Jangan menggangu pelanggan yang tetap ingin masuk.
3. Tidak perlu menjerit.
4. Hanya berdiri..senyum dan senyum....( ramai yang x jd masuk..percayalah)
5. Tidak perlu kekerasan.
6. Menggunakan budibicara secara bijaksana.
7. Istiqamah (buat beberapa kumpulan secara bergilir di satu2 cawangan Mcdajal)
8. Jaga keselamatan diri
9. Doa
10.SABAR!!!
InsyaAllah, penulis akan cuba uruskan kempen Silence Jihad ini secara lebih teratur...kita kan adakan Minggu Silence Jihad.
Satu minggu di mana setiap cawangan McDajal akan ada sahabat palestine yg membuat Silence Jihad.

Sampai bertemu lagi.
Salam Perjuangan.

Sijil Akuan Sumpah



Salam.

Pertama-tamanya penulis ingin memanjatkan syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kuniaNya dapat kita memulakan perjuangan ini dan meneruskannya. InsyaAllah.

Seterusnya penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang menyokong, membantu, mendoakan perjuangan ini.

Seperti yg dirancangkan..: (selanjutnya) pada peringkat awal dulu Sahabat Palestine akan bergerak dalam dua fasa.

1. Kempen Sejuta Tandatangan....


Alhamdulillah telah pun berjaya dilaksanakan dengan sokongan seluruh masyarakat Malaysia dari pelbagai golongan tanpa mengira bangsa, ugama, latar belakang, pahaman politik dan warna kulit.

Walaupun sebagaimana yg kita tahu, Kedutaan US tidak menerima sejuta tandatangan tersebut..tetapi kesan nya dapat kita lihat dan rasakan hingga ke hari ini.
Isu US tidak mahu menerima t/tgn itu masih menjadi perbualan umum dan penulis telah melihat isu ini diperdebatkan oleh golongan bijakpandai di dada-dada akhbar dan tv (walaupun diorang x tandatangan :) )

Harapan penulis banyak lagi golongan yang akan terdetik kalaupun tidak tersentak dalam benak mereka apa yang boleh dilakukan oleh rakyat biasa seperti kita.

2. Boikot...
Bermula dari 16 Jan 2009 (Jumaat) sahabat sahabat palestine telah pun memulakan kempen boikot secara serius..

Sebolehnya kita akan memboikot sebanyak mungkin barangan kepentingan Zionis...dan kita mulakan dengan 3 yang utama dahulu..yang mana terlalu banyak disumbangkan oleh umat islam Malaysia untuk menaja pembunuhan saudara sendiri.

Kita fokus pada 3..
1.McDajal
2.Tesco
3.Coca-cola


Kita ingin menjalankan boikot yang berkesan..dan pasti ia memerlukan pengorbanan..memang susah tapi tak mustahil.

Resamnya manusia sering terlupa....hari ini kita bertekad..esok lusa kita lupa.
Maka untuk membantu mengingatkan tekad kita...blog sahabatpalestine menyediakan Sijil Sumpah ( download & print) pada diri sendiri.

Sebaik-baiknya setiap rumah buat kerana sesuatu yang bertulis itu lebih terkesan dihati kita, apatah lagi bila kita turunkan tanda tangan.

Jadi print sijil ini...tandatangan dan framekan kalau boleh...gantung di ruang tamu macam sijil2 kita yang lain. Paling tidak pun tampallah di dinding, di tempat yang pasti kita dan keluarga serta tetamu akan sering lihat.

Kita buat..dan insyaAllah kita lihat kesan nya nanti....setiap tetamu yang datang akan bertanya dan akan membuat seperti yang kita buat.

Kepada yang dah buat...penulis mengalu-alukan kalau dapat diambil gambar dan email kepada sahabatpalestine. InsyaAllah laman web kita dalam proses pembinaan. Akan ada galeri sijil.. :)
kita masukkan gambar2 sijil kita...

InsyaAllah dalam masa terdekat, sahabat palestine akan menyiapkan kelendar yang juga ada akuan sumpah boikot. Jadi tiap hari kita tengok kelendar...tiap kali itulah kita akan teringat sumpah kita..tunggu....sikiitttt masa lagi.


Penulis minta diri dulu...berjumpa lg di lain waktu...

p/s- Penulis amat mengharapkan sebarang komen membina dari para pembaca.

Wednesday, January 21, 2009

Penduduk AU3

(selanjutnya)


Kemarahan penduduk AU3



Terima kasih abg ni..jaga lalu lintas :)

Ketika sumpah di lafazkan

Bendera Israel di tengah jalan..


Zubir Ali - Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Penyerahan Tandatangan (gambar)

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat...
terimakasih pada jurugambar...
(selanjutnya)

Wakil dari PSPMP

Wakil dari Pekida Wilayah

Wakil dari Parti Islam Semalaysia



Tandatangan yang dibawa

Pihak polis yg bnyk bg kerjasama








Tuesday, January 20, 2009

Resolusi PBB


Saturday, January 17, 2009

BERMULALAH PERJUANGAN

Tahniah Rakyat Malaysia...!!!

Dalam 10 hari kita telah buktikan kepada Amerika dan dunia...bahawa kita bersatu padu.
Jangan pandang kami sebelah mata wahai Amerika.

Biadap kau Amerika...!!!
Dibumi bertuah ini kau menumpang...

Berani kau tak menerima tandatangan kami...
Kau perlekeh tandatangan kami...
Kau sepoh airmata kami...
Kau ludahi tandatangan kami...
Kau injak-injak maruah kami...

Kami membawa SEJUTA RAKYAT MALAYSIA berjumpamu.. (selanjutnya)

Begitu bongkak...kau tersenyum sinis

SEJUTA TANDATANGAN.....ITULAH SEMBOYAN....!!!
SEJUTA TANDATANGAN.....ITULAH GENDERANG PERANG...!!!
SEJUTA TANDATANAGN.....ITULAH MULA PERJUANGAN...!!!

WAHAI PERJUANGAN....PASTI KAU TAGIHKAN PENGORBANAN...!!!

..........................................

Maaf penulis agak lewat dapat menulis kali ini, akibat kekangan waktu.
Tetapi ini lah yang di minta dalam perjuangan. Perjuangan pasti tagih pengorbanan....

Tahniah sekali lagi atas pengorbanan mu wahai rakyat Malaysia. Mungkin ramai yang tahu apa berlaku pada Jumaat lalu, Amerika tak menerima tandatangan kita.

Biarlah....bermakna ia mahukan tekanan yang lebih hebat...ayuh...!!!

Kini masuklah kita ke fasa kedua seperti yang pernah penulis katakan kurang lebih 12 hari lalu.
Kita mempunyai perjuangan yang lebih panjang...yang memerlukan pengorbanan kita...
Korban Selera....

Menurut maklumat yg diterima penulis...jualan McDajal itu telah turun menjunam semalam...cawangan yang selalu kutipan purata sekitar rm17,000 sehari...jatuh ke rm4,000sehari.

Terkial2 lah badut McDajal tu buat kenyataan akhbar...."jangan boikot kami...kami tak bersubahat.." Badut...badut...

Kita buat sampai mereka tiada di bumi bertuah ini. Memang ramai Badut Kapitalis disini yang barkata..."kalau tutup McDajal ni nanti siapa nak bagi anak2 kita makan?" Badut...badut..

Hei...badut berapa banyak share kau ada!!???

Pedulikanlahh badut2 nih....Malaysia nih tak akan mati kalau McDajal tu tak ada.

Misalan penulis:
Kita buat sampai orang malu nak masuk McDajal.
Contoh..
bila bulan Ramadhan, semua orang berpuasa...tiba2 kita tak berpuasa kerana musafir, memang dibolehkan kita tak puasa. Tetapi adakah kita sanggup makan dikhalayak ramai..? Dah tentu tidak..MALU!!!

Kita buat sampai orang rasa malu nak masuk McDajal tu..pegang plastik bag Mcdajal pun malu...
macam orang tak puasa. Malu sebab dia pembunuh anak2 Palestine.

Tahniah sekali lagi rakyat Malaysia...terbukti kita berkuasa, kalau kita bersatu...jualan mereka jatuh...tahniah.!!


#p/s- kepada yang bangga tampal VIG McDajal kat cermin kereta tu...cukup-cukup laa tu...

Salam Tahniah...

Monday, January 12, 2009

16 JANUARI 2009

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kepada persatuan2, kepada masyarakat Malaysia.
Penulis terharu melihat intergrasi nasional benar2 terbukti dalam kempen ini. (selanjutnya)


Seperti mana yang diketahui kita rakyat Malaysia akan menyerah 1 juta tandatangan kepada kedutaan Amerika tanda marah. Kita mahu menunjukkan bahawa kita benar2 serius dalam hal menentang keganasan ini.

Sesiapa yang berkesempatan untuk hadir bersama2 menyokong semasa penghantaran dialu-alukan.(maklumat terdapat di dalam flyers yg boleh di muat turun)

Penulis menjangkakan pasti ramai yang datang menyokong dan keadaan boleh menjadi agak kelam kabut.
Ini adalah perhimpunan aman.

Maka disini penulis ingin memberi sedikit nasihat yang difikirkan berguna.

1.Berbaju hitam kalau boleh.
- menunjukan kita bersatu hati dan sesungguhnya kita sedang bersedih dah berkabung atas bencana yang menimpa rakyat Palestine.

2.Menjaga tingkah laku.
-terutama ketika berkumpul di Masjid dan sepanjang majlis ini.
-kempen tandatangan ini adalah caranya kita meluahkan kemarahan dengan cara yang berhemah. Cara yang tidak melanggar undang-undang.
- maka jangan ada sesiapa antara kita yang membuat tindakan melanggar undang2.

3.Mengikut arahan pihak berkuasa.
- kita ingin memberitahu Amerika..tetapi kita tidak harus bermasalah dengan pihak berkuasa. Merekalah selama ini menjaga keselamatan. Ucapkan terimakasih pada mereka. - disatu sisi lain..mereka juga rakyat Malaysia seperti kita yang cintakan keamanan.

4.Memberi kerjasama sebaiknya pada petugas.
-Terutama ketika berarak dari masjid ke kedutaan.
-Petugas cuba memastikan semuanya berjalan lancar.

5.Jaga keselamatan diri.

Cukup buat masa ini.. sekiranya ada sebarang maklumat, penulis akam memaklumkan dari masa ke semasa.

Kepada yang berugama Islam, jangan lupa mendoakan keselamatan saudara2 kita di Palestin setiap kali selepas solat.

Insyaallah.

Sunday, January 11, 2009

Terima kasih rakyat Malaysia (gambar)

Terima kasih rakyat malaysia..pelbagai lapisan masyarakat menyambut baik kempen ini..TAHNIAH.
Penulis percaya hanya satu sebab kita bertindak...KEBENCIAN KITA KEPADA KEZALIMAN.

Masih banyak lagi yang diperlukan..BANTUAN..!!! BANTUAN..!!!
(selanjutnya)



Perhebatkan Tandatangan

Bagi sesiapa yang sudi membantu terutama sukarelawan2 yang telah mendaftar di seluruh negara.

Memandangkan kempen kita tinggal 4 hari lagi..kita harus memperhebatkan usaha.

1.
Di ruangan muatturun terdapat satu lagi download 'tool kempen tandatangan'

Apa yang anda boleh lakukan adalah: (selanjutnya)

- Print tool tersebut.
-Fotostat dan letakkan bersama2 borang tanda tangan di lokasi2 strategik yang anda fikirkan sesuai. Contoh: Pintu masuk masjid, pejabat pos, restoran, pasaraya dsbnya.

-samaada seseorang perlu menunggu untuk mengurus kan borang tersebut terpulang pada budi bicara anda.

-terdapat juga contoh dimana borang ditinggalkan di masjid dan kedai tenaga nasional..dimana mereka hanya menampal tool di dinding dan meninggalkan borang dibawahnya bersama pen hitam dan pen merah.

-borang diambil semula pada keesokan hari.

2.

- Kami juga mengharapkan kerjasama dari pelbagai pertubuhan dan persatuan lain yang merasa terpanggil untuk menjayakan usaha ini.

- Kami telah email surat rasmi kami ke beberapa persatuan dan pertubuhan dan alhamdullilah mendapat sokongan yang menggalakkan.

3.

- Kami juga telah meminta bantuan media penyiaran tv dan radio. Disini kami ingin memohon sesiapa yang boleh membantu menghubungi atau menyelaras urusan media penyiaran, dengan kata lain mempunyai kepakaran atau kelebihan perhubungan (contect) agar turut membantu.

sila email kepada kami.

terima kasih

Thursday, January 8, 2009

Kempen Penyerahan Sejuta Tandatangan




MENGAPA 1 JUTA..dalam 10 hari???


(selanjutnya)



Assalamualaikum...
Terlebih dahulu penulis memanjatkan syukur yang tak terhingga kehadrat Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Marhain Malaysia yang prihatin..badan NGO yang bekerjasama, jabatan2 kerajaan, RTM, TV8, badan2 penyiaran dan semua yang sudi membantu.

Tidak dapat digambarkan betapa terharu melihat sukarelawan-sukarelawan yang sangat membantu tanpa mengira penat lelah, tenaga, masa dan ilmu mengembeling tenaga dalam usaha menjayakan kempen ini.

Turut tidak dilupakan pelajar dari UIAM, UKM dan para pelajar sekolah termasuk dari sekolah rendah taman keramat. Anak-anak kecil ini juga terpanggil untuk membantu.

Penulis percaya semuanya cuba membantu sedaya yang boleh tanpa mengharap balasan kerana satu sebab yang sangat nyata dan jelas...

KEKEJAMAN ZIONIS TERLAMPAU MELAMPAU..MELAMPAUI BINATANG!!!

TETAPI..!!!!
masih ada suara2 sumbang yang masih kedengaran yang memandang sinis usaha ini..dengan bibir terjuih mengatakan ini tindakan sia-sia sambil mata merenung tepat ke kaca tv...al-jazeera...coca-cola terus diteguk.

Mungkin penulis yang berSALAH..kerana tak dapat menerangkan dengan lanjut akibat kekangan masa yang begitu menghimpit..

MENGAPA 1 JUTA..???
Sedarkah mengapa penulis cuba mengumpul 1juta tandatangan dalam masa 10 hari???
Tak lain tak bukan untuk memberitahu Israel dan sekutunya Amerika, Mesir, Britain bahawa sesungguh nya PALESTINE TIDAK BERSENDIRIAN..

Hai celaka!! Marhain Malaysia bersama Palestine. Penulis ingin memberitahu dunia bahawa kita Marhain Malaysia tanpa mengira kaum, latar belakang, pangkat, ugama, warna kulit, darjat, fahaman politik akan bersatu sekelip mata menentang kezaliman. Penulis ingin bertanya..sejak bila binatang-binatang zionis ini tunduk pada kecaman?? Kutukan??

Melainkan bila para peniaga mereka dan rakyat mereka sendiri mendesak..bila kepentingan mereka tergugat. Sejarah membuktikan apabila coca-cola bungkus di filipina..jualan merosot di Thailand...atas desakan dari penyumbang ekonomi mereka..barulah kendur sedikit keganasannya.

Kita anggap kita telahpun mendesak Israel hentikan pembunuhan. 'Desak' hanya sesuai apabila kita mempunyai kekuatan atau ugutan. Contoh: Ketika kita berkrisis dgn Australia..kita desak mereka meminta maaf. Tiada apa yang berlaku. Tetapi bila Tun Mahathir kata..keluarkan semua kepentingan Australia di Malaysia..mereka terus meminta maaf secara terbuka. Nah..apa yang mendesak mereka? Jawapannya ialah rakyat mereka yang berniaga disini mendesak supaya mohon maaf..kalau tidak bisnes mereka lungkup!!

Jadi selama ini kita 'DESAK' atau 'MERAYU' pada Israel?

Wahai Marhain Malaysia..BUKTIKAN PADA AMERIKA JAHANAM..DALAM 10 HARI 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA BANGKIT MENENTANG!! JANGAN BERANI2 MENUNGGU 1 BULAN.. APATAH LAGI 1 TAHUN?? KITA BOIKOT KEPENTINGAN MEREKA..jangan ada yang minum coca-cola...jangan ada yang singgah di MCDonald..Jangan membeli di TESCO. Akhirnya penyumbang ekonomi Zionis ini yang mendesak supaya hentikan penjarahan Palestine.Kalau tidak bisnes mereka lungkup..siapa nak biaya Zionis laknat itu lagi. Binatang zionis ini hanya tunduk pada desakan kaum mereka sendiri sahaja..BUKAN dari PBB, BUKAN dari dunia.

Jadi..pada tarikh keramat..JUMAAT 16 JANUARI 2009..SELEPAS SOLAT JUMAAT. 1 Juta Tandatangan Merah rakyat Malaysia yang bersatu dalam 10 hari akan dihumban kemuka Amerika..dengan AMARAN..AWAS JANGAN BERMAIN API DENGAN KAMI DI MALAYSIA!!!

Barulah kita Marhain Malaysia layak menDESAK!! "Hentikan pembunuhan Palestine atau kalian keluar dari Bumi Bertuah ini"

Maka...penulis amat berharap..
WAHAI MARHAIN MALAYSIA...SEBARKAN BORANG TANDATANGAN & FLYER INI KE SERATA CERUK NEGARA..SAHUT LAH CABARAN INI...TURUNKAN TANDATANGAN MERAH KEBANGKITAN...AYUH BERSAMA BERAMAI-RAMAI..BUKTIKAN PADA AMERIKA JAHANAM..KITA HUMBAN 1JUTA TANDATANGAN INI KEMUKA MEREKA...KITA BOIKOT KEPENTINGAN MEREKA!!!!

Mudah-mudahan JUMAAT itu sentiasa dikenang...

SEMPURNA SUDAH KEKEJAMAN ISRAEL.












Wahai Saudara Islam Ku, Wahai insan yang mempunyai hati dan perasaan,


Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal (selanjutnya)


Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?


Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.


SEMPURNA SUDAH KEKEJAMAN ISRAEL. BANI ISRAEL SEPANJANG SEJARAH MEREKA SEDIKIT SANGAT YANG BERIMAN.

KEBANYAKKAN MEREKE SATU KETIKA DAHULU DARI KALANGAN PEMBUNUH NABI DAN RASUL DAN MUNGKIR JANJI DENGAN RASUL ALLAH.

PERBUATAN MEREKA KALAU DILIHAT DARI SUDUT KEMUNUSIAAN PUN, TIADA SABARANG JUSTIFIKASI.



KEPADA YANG TIDAK MENENTANG ISRAEL DAN BOIKOT BARANGAN YANG ADA KAITAN DENGAN ISRAEL - MEREKA TERGOLONG SAMA DENGAN BANGSA TERLAKNAT INI.

Monday, January 5, 2009

THAWRA PALESTIN

THAWRA PALESTIN


Saudaraku Rakyat Palestin (selanjutnya)
Semangatmu lebih waja dari kereta kebal Israel
Genggaman tanganmu lebih kuat dari bom Zionis
Kau berikan cakrawala baru
Berjihad untuk pembebasan bumimu
Thawra Palestin !

Dengarkan di mana mana suara menjawabnya
Perjuangan berani yang tak terkalahkan,
Suara rakyat sejagat mengutuk penindasmu.
Lihatlah jutaan mata terbuka sudah
Siapa tulang belakang menjulangkan kekejaman
Siapa yang mempersiapkan kelengkapan Zionisma
Yang membunuh anak-anakmu

Saudaraku Rakyat Palestin
Tiba-tiba airmata jadi bara
Tiba-tiba anak-anak jadi dewasa
Tiba-tiba bilik kuliah jadi sepi,
Senjata musuh sekadar dapat mematikan
Tetapi tidak berhasil membunuh semangat kepahlawanan,
Penjara musuh sekadar memagarkan insan
Tetapi tidak dapat menahan gema jeritan keberanian
Yang dijawab oleh jutaan suara kebenaran.

Semuanya dengan satu slogan:
Mara ke Palestin,
Thawra Palestin !



USMAN AWANG ( Allahyarham)
Sasterawan Negara

Sekapur Sirih

Assalamualaikum...

Penulis meminta maaf atas segala kekurangan yang terdapat pada blog yang baru berumur beberapa jam ini dan blog ini adalah landasan sementara dalam masa yang begitu mendesak. Insyaallah laman web kekal akan menyusul sedikit masa lagi.

Terlebih dahulu dimaklumkan bahawa blog ini diwujudkan atas rasa malu terhadap kelalaian diri sebagai seorang manusia amnya dan sebagai seorang muslim khususnya.

Blog ini adalah landasan sementara

Ini adalah kerana begitu teruknya pembantaian dan pembunuhan yang telah sekian lama berlaku di bumi Palestine yang tidak berpenghujung...hingga ke saat ini.

Betapa baculnya kita membiarkan saudara kita di sembelih...dirampas haknya (selanjutnya)


BUMI PALESTINE...
RAMPAS...!!!BUNUH..!!! SEMBELIH..!!! BOM..!!

KITA...
KECAM..?? KUTUK..?? KECAM..?? KUTUK??
tak ubah seperti ANJING menyalak bukit...
BRRPPPP...!!!! (sendawa kerana minum coca-cola)


DUNIA....
Cukuplah para politikus dunia memainkan catur nyawa di kotak bumi di Palestine..
Tukarlah seribu presiden baru di Amerika...Berbincanglah PBB seumur hidup...Mengangguklah belatuk-belatuk OIC...hasilnya..?? Oh I See..........................

KITA.....
hanya bersenandungkan tangisan dalam hati..sedangkan tangan masih lahap menyuap BigMac..!!

Aduhai.... malang nya kita Marhain yang menangis..tanpa tahu apa yang ditangisi.


BUMI GAZA...
Betapa azab mencari seteguk air dan secubit gandum dibumi Gaza..anak-anak menggigil kelaparan dan ketakutan..

KITA...
beras habis didapur.... tak pe.. TESCO ada....

Aduhai.... malang nya kita Marhain yang menangis..tanpa tahu apa yang ditangisi.


Hati ini benar2 marah seperti anda semua...tetapi manakah amarah ini nak di bawa??

ADUHAI !!! Marhain...cukup lah cukup lah

BERTINDAK... BERTINDAK lah...!!!

Hanya dengan menukar selera....

Sejuta Tandatangan

(sila muat turun borang)

Kami sedang menjalankan kempen SEJUTA TANDATANGAN sebagai tanda marah dan protes atas kezaliman Zionis keatas rakyat Palestine yang selama ini.

Ditambah lagi serangan terkutuk yang dilakukan secara terang-terangan yang sedang dilakukan kini.

Ingatlah sewaktu kita bersama keluarga...mereka disana kehilangan keluarga.

Anak-anak kita bermain pistol-pistolan...anak-anak mereka ditembusi peluru hidup dan letupan bom yang menyemburkan darah merah...meragut nyawa.

Mungkin ada antara kita, malahan kami percaya ramai antara kita yang bertanya pada diri sendiri.. bagaimanakah caranya untuk kita membantu mereka. (selanjutnya)


Kita telah lama berbalasungkawa atas mereka.

Bagaimana kita sebagai marhain kebanyakan dapat membantu. Bolehkah kita mulakan perjuagan ini dengan cara yang paling mudah dan mampu kita lakukan tetapi mempunyai nilai yang tinggi.

Mudah-mudahan ini merupakan permulaan titik tolak kepada satu gerakan yang lebih bermakna dalam membantu mereka.

Disini kami akan mengadakan dua perancangan iaitu:
1. jangka pendek
2. jangka panjang.

Kesemua perancangan ini tidak akan bererti tanpa sokongan dari kita...marhain Malaysia
JANGKA PENDEK.

Kami sedang cuba mengumpulkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, pangkat dan ugama.

Tandatangan yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika pada 16 hb Januari 2009 jam 3.30 petang dengan resolusi Mengutuk Keganasan Dan Kezaliman Israel Yang Berbentuk STATE TERRORISM Keatas Rakyat Dan Bumi Palestin. Kami juga bekerja sama dengan pelbagai NGO lain untuk menjayakan misi ini.

Sumbangan perjuangan anda...
Anda boleh download borang dari blog ini ...print dan dapatkan tandatangan seramai yg boleh tanda sokongan anda. (maklumat lanjut ada di dlm borang.)

maka kita sebagai rakyat biasa akan cuba membantu mengikut kaedah yang boleh kita lakukan.


JANGKA PANJANG

Sedarkah kita...
tanpa kita sedari kita juga telah menjadi penyumbang kepada keganasan dan pembunuhan ini.
Kita juga bertangung jawab secara tidak langsung atas kekejaman ini.

Manakan tidak... selera kita berbelanja restoran-restoran milik sekutu Israel..air minuman yang menyumbang peluru-peluru Zionis, berbelanja dipasaraya yang terang terangan menyumbang sebahagian keuntungan mereka kepada gerakan Zionis.

Ayuh kita tukar selera kita...
banyak sangatkah yang diminta oleh anak-anak Palestine.
Setiap kali kita dahaga dan teringatkan Coca-cola....Ingat dan kenangkanlah kehausan anak-anak di Palestine. Kerana setiap belian coca-cola itu menyumbang kepada peluru yang akan menembusi dada-dada mungil ini.

Permulaan ini kita akan memboikot 3 barangan utama ini..

1. Coca-cola
2. McDonald
3. Tesco

Sumbangan perjuangan anda...
Berhentilah membeli barangan ini dan membeli belah di pasaraya tersebut. Kita mempunyai pelbagai pilihan alternatif yang lain.

Tahniah kepada saudara-saudara kita di PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA dan beberapa NGO lain yang telah membuat sidang akhbar hari ini di The Mall Kuala Lumpur, jam 3.30 petang tadi. Mereka juga memboikot barangan ini termasuk Starbuck, Colgate dan Coca-cola.
Tahniah.!!

Percayalah usaha kita yang sedikit ini akan memberi impak yang besar kepada mereka..syaratnya ia hendaklah berterusan...

Wahai marhain..ayuh kita lemahkan ekonomi mereka!!!
Ayuh kita tukar selera kita...


Insyaallah untuk mendapatkan sokongan yang lebih berkesan..kami akan menyediakan surat akuan sumpah kepada diri sendiri dan agama untuk memboikot barangan tersebut dalam tempoh terdekat ini.

Maklumat lanjut akan kami siarkan melalui blog ini.

Terima kasih atas prihatin saudara..pasti Allah melihat perjuangan anda dan ada nilainya disisiNYA..

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda.

Terima kasih.


Sukarelawan Diperlukan

Sekali lagi kami meminta maaf sekiranya blog ini tidak secanggih blog-blog lain yang anda pernah layari..
Penulis yang lahirnya dizaman peti TV masih hitam putih..wayangnya masih di atas padang2 sekolah setiap bulan..amat daif dan tengelam dalam kecanggihan era teknologi terkini..mengakui kelemahan ini.. (selanjutnya)


Dan dalam kedaifan ini penulis merangkak cuba menggerakkan gerakan sahabat palestine.

Wahai marhain..tolong jangan bosan dengan perjuangan ini kerana kekurangan penulis.

Biar daif tetapi ANDA DAPAT MESEJ NYA. Dan yang terpenting GERAKAN INI BOLEH BERMULA.

Kami amat memerlukan sukarelawan...amat..amat memerlukan.

Wahai anak-anak muda...perjuangan pemuda gaza dan palestine bersama senjata, peluru dan darah..
Berjuanglah kalian disini dengan ilmu, masa dan pengorbanan.

Berjuanglah..

email kan kepada sahabatpalestine@gmail.com

Nama :
No. Tel :
Lokasi :
Kemahiran :
Lain-lain kelebihan yang dirasa boleh membantu :
Masa sedia berkhidmat : (bila2 masa/perlu notis)


Terima kasih ..pasti Allah melihat perjuangan anda dan ada nilainya disisiNYA..

Artikel Sumbangan Pembaca

CORETAN PERJUANGAN YANG PERLU DIRENUNG..

Wahai saudaraku kaum muslimin dan seluruh bangsa di Negara ini..

Ketahuilah ! kita hari ini hanya mempunyai 1 musuh yang nyata iaitu bangsa Yahudi Zionis Israel, segala musibah penindasan, kezaliman, kerosakan material dan moral di atas muka bumi ini berpaksi kepada mereka dengan dokongan sekutu-sekutunya golongan munafiqin..

(selanjutnya)



Maka dalam kita ingin berhadapan dengan mereka hari ini, mungkin setiap diantara kita mempunyai pendekatan dan pandangan masing-masing, yang mungkin sama dan berbeza. Namun

pernahkah kita terfikir bahawa soal berhadapan dengan musuh keji ini tidak akan mampu dilakukan jika kita TERSILAP LANGKAH DAN PENDEKATAN. Method yang tidak tepat

sebenarnya bukan sahaja tidak akan berhasil menghentikan kekejaman dan kefasadan mereka bahkan akan MENJERAT DIRI KITA SENDIRI kerana kesilapan langkah yang kita ambil.

Isu Palestin dan Masjidil Aqsa adalah isu puluhan tahun sebelum ada lagi gerakan-gerakan kebangkitan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hizbullah di Lubnan dan ledakan

revolusi Islam penuh berkah di Iran pada tahun 1979. Namun dikeranakan pendekatan kita silap selama ini ketika berhadapan dengan mereka mengakibatkan kita gagal selama ini bahkan

MENGUNTUNGKAN MEREKA.

Disini saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kepada kalian semua tentang apa yang harus kita lakukan dan sikap yang perlu diambil ketika ingin berhadapan dengan Zionis keji. Sudah

tentu kita perlu sedar bahawa kita hanya manusia tidak lebih dari itu..Maka ketika ada PESAN DARI LANGIT dan PENJELASAN ILAHI tentang bagaimana kita harus ‘deal’ dengan

golongan keji ini, maka inilah PILIHAN YANG TERBAIK DARI KITA SEBAGAI GOLONGAN YANG PERCAYA PADA AGAMA DAN KEAGUNGAN TUHAN utk kita ambil..

Allah swt sang pencipta seluruh manusia pernah berpesan didalam kalam sucinya Al-Quran yang mafhumnya :

“ …dan golongan Yahudi serta Nasara tidak akan pernah selama-lamanya redha (menerima) kalian sehingga kalian tunduk dan ikut pada cara dan ideologi mereka “

Pesan ilahi ini adalah kalam siyasi (bicara politik). Mungkin kita perlu sering menatap
Al-Quran dan banyak menemukan ayat-ayat Allah yang berbicara tenyang golongan Bani Israel, Ahlul Kitab dan Yahudi. Ketika kita perhatikan ayat ini kenapa kita katakan sebagai ayat

siyasah? Ini kerana ketika Allah berbicara dalam ayatnya tentang khitabnya (ucapan) pada Ahlul Kitab (penganut agama samawi seperti agama Yahudi dan Kristian) Allah menjelaskan

kepada kita akan sebuah penganjuran untuk berdialog dengan mereka sekalipun mereka adalah penganut agama Yahudi! Namun di dalam ayat ini Allah tidak menyatakan dengan kalimat

Ahlul Kitab tetapi Yahudi sedangkan kita tahu yang dari segi bangsa antara Ahlul Kitab dan Yahudi adalah sama. Tetapi Allah membezakan dalam ayat ini, Kenapa ? Ini kerana Allah ingin

jelaskan pada kita sebenarnya DALAM GOLONGAN BANGSA INI ADA YANG BERPEGANG PADA AGAMA MEREKA (PERCAYA AGAMA) DAN ADA YANG ANTI AGAMA

(ANTI FITRAH), yang percaya agama dari golongan ini dipanggil Ahlul Kitab dan yang tidak anti agama disebut dengan istilah ‘YAHUDI’. Kerana itu dalam dunia hari ini kita lihat hatta

penganut2 agama Yahudi sendiri sebagai Ahlul Kitab mereka sendiri memprotes tindakan kelompok tertentu dalam bangsa mereka. Nah maka kini kita faham bahawa Allah swt ingin

menjelaskan kepada kita bahawa dalam bangsa Bani Israel ini ada 1 kelompok yang di sebut hari ini sebagai kelompok ZIONIS YAHUDI adalah mereka yang disebut oleh Allah itu. Kerana

mana mungkin dalam 1 masa Allah perintahkan kita bertoleransi dengan dialog dengan Ahlul Kitab dari bangsa ini tapi dalam satu masa Allah katakan ada dari bangsa ini juga yang

selama-lamanya tidak akan redha pada kalian..

Begitu juga dalam ayat ini ketika Allah menyebut akan pegangan mereka, Allah gunakan kalimat ‘Millh’ bukan ‘Deen’ (agama). Maka jelas mereka ini punya ideologi dan cara tersendiri

yang luar dari norma-norma agama Yahudi sendiri. Kerana ini mungkin kita pernah dengar tentang ‘KONSPIRASI ZIONIS’ yang ingin menjadikan seluruh bangsa2 dunia adalah HAMBA

KEPADA MEREKA YANG BOLEH DIPERLAKUKAN SESUKA HATI..Benar mereka adalah golongan yang disebut dalam Al-Quran sebagai golongan terkutuk dan sesat terus didalam

surah Al-Fatihah (al-maghdhub alihim wala adhdallin).

Maka kita belajar dari tuhan...bahawa kita faham bahawa, kita diinginkan oleh-Nya hanya satu iaitu PERJUANGAN BERTERUSAN TANPA HENTI, JIHAD DITUJUKAN PADA

MEREKA’, MAKA TIADA ISTILAH ‘DAMAI’ ‘PERBINCANGAN’ DAN HIDUP BERSAMA DENGAN MEREKA GOLONGAN ZIONIS INI...1 kalam sahaja untuk mereka, kalam ini kalam

keramat kita semua iaitu ‘ZIONIS ISRAEL AKAN LENYAP DARI PETA MUKA BUMI’ DENGAN IZIN ALLAH DGN PERJUANGAN ORANG-ORANG YANG CINTAKAN

KEMERDEKAAN DI HADAPAN ZAT YANG MAHA AGUNG !

TERUSKAN , TERUSKAN, TERUSKAN PERJUANG KALIAN TANPA HENTI PADA ZIONIS ISRAEL DALAM APA BIDANG SEKALIPUN ! BOIKOT ADALAH WAJIB !

PENJELASAN AKAN KONSPIRASI JAHAT MEREKA JUGA WAJIB !

BANTUAN ALLAH PASTI AKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG KOMITED DALAM PERJUANGAN DI JALANNYA..INSYAALLAH, ZIONIS AKAN LENYAP DARI

MUKA BUMI DI TANGAN-TANGAN HAMBA-HAMBANYA KERANA INI JANJI ALLAH SWT.

Salam sejahtera kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan orang-orang yang mengikuti jalan kebenaran.

Hamba,
Abu Kadzim

_________________________________________________________________________________________
Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

sumber : www.utusan.com.my