Monday, January 12, 2009

16 JANUARI 2009

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kepada persatuan2, kepada masyarakat Malaysia.
Penulis terharu melihat intergrasi nasional benar2 terbukti dalam kempen ini. (selanjutnya)


Seperti mana yang diketahui kita rakyat Malaysia akan menyerah 1 juta tandatangan kepada kedutaan Amerika tanda marah. Kita mahu menunjukkan bahawa kita benar2 serius dalam hal menentang keganasan ini.

Sesiapa yang berkesempatan untuk hadir bersama2 menyokong semasa penghantaran dialu-alukan.(maklumat terdapat di dalam flyers yg boleh di muat turun)

Penulis menjangkakan pasti ramai yang datang menyokong dan keadaan boleh menjadi agak kelam kabut.
Ini adalah perhimpunan aman.

Maka disini penulis ingin memberi sedikit nasihat yang difikirkan berguna.

1.Berbaju hitam kalau boleh.
- menunjukan kita bersatu hati dan sesungguhnya kita sedang bersedih dah berkabung atas bencana yang menimpa rakyat Palestine.

2.Menjaga tingkah laku.
-terutama ketika berkumpul di Masjid dan sepanjang majlis ini.
-kempen tandatangan ini adalah caranya kita meluahkan kemarahan dengan cara yang berhemah. Cara yang tidak melanggar undang-undang.
- maka jangan ada sesiapa antara kita yang membuat tindakan melanggar undang2.

3.Mengikut arahan pihak berkuasa.
- kita ingin memberitahu Amerika..tetapi kita tidak harus bermasalah dengan pihak berkuasa. Merekalah selama ini menjaga keselamatan. Ucapkan terimakasih pada mereka. - disatu sisi lain..mereka juga rakyat Malaysia seperti kita yang cintakan keamanan.

4.Memberi kerjasama sebaiknya pada petugas.
-Terutama ketika berarak dari masjid ke kedutaan.
-Petugas cuba memastikan semuanya berjalan lancar.

5.Jaga keselamatan diri.

Cukup buat masa ini.. sekiranya ada sebarang maklumat, penulis akam memaklumkan dari masa ke semasa.

Kepada yang berugama Islam, jangan lupa mendoakan keselamatan saudara2 kita di Palestin setiap kali selepas solat.

Insyaallah.

1 comment:

  1. alhamdulillah..
    smlm kat kolej islam
    kiteorang ade wat solat..

    sbagai tanda cinta dari jauh kite
    buat saudara kite d palestin..

    hayya bil-jihad
    izzatul shima hashim

    ReplyDelete