Sunday, January 11, 2009

Perhebatkan Tandatangan

Bagi sesiapa yang sudi membantu terutama sukarelawan2 yang telah mendaftar di seluruh negara.

Memandangkan kempen kita tinggal 4 hari lagi..kita harus memperhebatkan usaha.

1.
Di ruangan muatturun terdapat satu lagi download 'tool kempen tandatangan'

Apa yang anda boleh lakukan adalah: (selanjutnya)

- Print tool tersebut.
-Fotostat dan letakkan bersama2 borang tanda tangan di lokasi2 strategik yang anda fikirkan sesuai. Contoh: Pintu masuk masjid, pejabat pos, restoran, pasaraya dsbnya.

-samaada seseorang perlu menunggu untuk mengurus kan borang tersebut terpulang pada budi bicara anda.

-terdapat juga contoh dimana borang ditinggalkan di masjid dan kedai tenaga nasional..dimana mereka hanya menampal tool di dinding dan meninggalkan borang dibawahnya bersama pen hitam dan pen merah.

-borang diambil semula pada keesokan hari.

2.

- Kami juga mengharapkan kerjasama dari pelbagai pertubuhan dan persatuan lain yang merasa terpanggil untuk menjayakan usaha ini.

- Kami telah email surat rasmi kami ke beberapa persatuan dan pertubuhan dan alhamdullilah mendapat sokongan yang menggalakkan.

3.

- Kami juga telah meminta bantuan media penyiaran tv dan radio. Disini kami ingin memohon sesiapa yang boleh membantu menghubungi atau menyelaras urusan media penyiaran, dengan kata lain mempunyai kepakaran atau kelebihan perhubungan (contect) agar turut membantu.

sila email kepada kami.

terima kasih

No comments:

Post a Comment