Monday, January 5, 2009

Sejuta Tandatangan

(sila muat turun borang)

Kami sedang menjalankan kempen SEJUTA TANDATANGAN sebagai tanda marah dan protes atas kezaliman Zionis keatas rakyat Palestine yang selama ini.

Ditambah lagi serangan terkutuk yang dilakukan secara terang-terangan yang sedang dilakukan kini.

Ingatlah sewaktu kita bersama keluarga...mereka disana kehilangan keluarga.

Anak-anak kita bermain pistol-pistolan...anak-anak mereka ditembusi peluru hidup dan letupan bom yang menyemburkan darah merah...meragut nyawa.

Mungkin ada antara kita, malahan kami percaya ramai antara kita yang bertanya pada diri sendiri.. bagaimanakah caranya untuk kita membantu mereka. (selanjutnya)


Kita telah lama berbalasungkawa atas mereka.

Bagaimana kita sebagai marhain kebanyakan dapat membantu. Bolehkah kita mulakan perjuagan ini dengan cara yang paling mudah dan mampu kita lakukan tetapi mempunyai nilai yang tinggi.

Mudah-mudahan ini merupakan permulaan titik tolak kepada satu gerakan yang lebih bermakna dalam membantu mereka.

Disini kami akan mengadakan dua perancangan iaitu:
1. jangka pendek
2. jangka panjang.

Kesemua perancangan ini tidak akan bererti tanpa sokongan dari kita...marhain Malaysia
JANGKA PENDEK.

Kami sedang cuba mengumpulkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, pangkat dan ugama.

Tandatangan yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika pada 16 hb Januari 2009 jam 3.30 petang dengan resolusi Mengutuk Keganasan Dan Kezaliman Israel Yang Berbentuk STATE TERRORISM Keatas Rakyat Dan Bumi Palestin. Kami juga bekerja sama dengan pelbagai NGO lain untuk menjayakan misi ini.

Sumbangan perjuangan anda...
Anda boleh download borang dari blog ini ...print dan dapatkan tandatangan seramai yg boleh tanda sokongan anda. (maklumat lanjut ada di dlm borang.)

maka kita sebagai rakyat biasa akan cuba membantu mengikut kaedah yang boleh kita lakukan.


JANGKA PANJANG

Sedarkah kita...
tanpa kita sedari kita juga telah menjadi penyumbang kepada keganasan dan pembunuhan ini.
Kita juga bertangung jawab secara tidak langsung atas kekejaman ini.

Manakan tidak... selera kita berbelanja restoran-restoran milik sekutu Israel..air minuman yang menyumbang peluru-peluru Zionis, berbelanja dipasaraya yang terang terangan menyumbang sebahagian keuntungan mereka kepada gerakan Zionis.

Ayuh kita tukar selera kita...
banyak sangatkah yang diminta oleh anak-anak Palestine.
Setiap kali kita dahaga dan teringatkan Coca-cola....Ingat dan kenangkanlah kehausan anak-anak di Palestine. Kerana setiap belian coca-cola itu menyumbang kepada peluru yang akan menembusi dada-dada mungil ini.

Permulaan ini kita akan memboikot 3 barangan utama ini..

1. Coca-cola
2. McDonald
3. Tesco

Sumbangan perjuangan anda...
Berhentilah membeli barangan ini dan membeli belah di pasaraya tersebut. Kita mempunyai pelbagai pilihan alternatif yang lain.

Tahniah kepada saudara-saudara kita di PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA dan beberapa NGO lain yang telah membuat sidang akhbar hari ini di The Mall Kuala Lumpur, jam 3.30 petang tadi. Mereka juga memboikot barangan ini termasuk Starbuck, Colgate dan Coca-cola.
Tahniah.!!

Percayalah usaha kita yang sedikit ini akan memberi impak yang besar kepada mereka..syaratnya ia hendaklah berterusan...

Wahai marhain..ayuh kita lemahkan ekonomi mereka!!!
Ayuh kita tukar selera kita...


Insyaallah untuk mendapatkan sokongan yang lebih berkesan..kami akan menyediakan surat akuan sumpah kepada diri sendiri dan agama untuk memboikot barangan tersebut dalam tempoh terdekat ini.

Maklumat lanjut akan kami siarkan melalui blog ini.

Terima kasih atas prihatin saudara..pasti Allah melihat perjuangan anda dan ada nilainya disisiNYA..

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda.

Terima kasih.


3 comments:

  1. dah ramei2x sign borang tue...nak hantar cammane plak? Hantar sampai depan pintu office eh?

    ReplyDelete
  2. sila hubungi no tel yang terdapat di dalam borang untuk membincangkan kaedah terbaik bagi pengumpulan borang mengikut lokasi.
    terima kasih atas sokongan anda.

    ReplyDelete