Thursday, January 22, 2009

Sijil Akuan Sumpah



Salam.

Pertama-tamanya penulis ingin memanjatkan syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kuniaNya dapat kita memulakan perjuangan ini dan meneruskannya. InsyaAllah.

Seterusnya penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang menyokong, membantu, mendoakan perjuangan ini.

Seperti yg dirancangkan..: (selanjutnya) pada peringkat awal dulu Sahabat Palestine akan bergerak dalam dua fasa.

1. Kempen Sejuta Tandatangan....


Alhamdulillah telah pun berjaya dilaksanakan dengan sokongan seluruh masyarakat Malaysia dari pelbagai golongan tanpa mengira bangsa, ugama, latar belakang, pahaman politik dan warna kulit.

Walaupun sebagaimana yg kita tahu, Kedutaan US tidak menerima sejuta tandatangan tersebut..tetapi kesan nya dapat kita lihat dan rasakan hingga ke hari ini.
Isu US tidak mahu menerima t/tgn itu masih menjadi perbualan umum dan penulis telah melihat isu ini diperdebatkan oleh golongan bijakpandai di dada-dada akhbar dan tv (walaupun diorang x tandatangan :) )

Harapan penulis banyak lagi golongan yang akan terdetik kalaupun tidak tersentak dalam benak mereka apa yang boleh dilakukan oleh rakyat biasa seperti kita.

2. Boikot...
Bermula dari 16 Jan 2009 (Jumaat) sahabat sahabat palestine telah pun memulakan kempen boikot secara serius..

Sebolehnya kita akan memboikot sebanyak mungkin barangan kepentingan Zionis...dan kita mulakan dengan 3 yang utama dahulu..yang mana terlalu banyak disumbangkan oleh umat islam Malaysia untuk menaja pembunuhan saudara sendiri.

Kita fokus pada 3..
1.McDajal
2.Tesco
3.Coca-cola


Kita ingin menjalankan boikot yang berkesan..dan pasti ia memerlukan pengorbanan..memang susah tapi tak mustahil.

Resamnya manusia sering terlupa....hari ini kita bertekad..esok lusa kita lupa.
Maka untuk membantu mengingatkan tekad kita...blog sahabatpalestine menyediakan Sijil Sumpah ( download & print) pada diri sendiri.

Sebaik-baiknya setiap rumah buat kerana sesuatu yang bertulis itu lebih terkesan dihati kita, apatah lagi bila kita turunkan tanda tangan.

Jadi print sijil ini...tandatangan dan framekan kalau boleh...gantung di ruang tamu macam sijil2 kita yang lain. Paling tidak pun tampallah di dinding, di tempat yang pasti kita dan keluarga serta tetamu akan sering lihat.

Kita buat..dan insyaAllah kita lihat kesan nya nanti....setiap tetamu yang datang akan bertanya dan akan membuat seperti yang kita buat.

Kepada yang dah buat...penulis mengalu-alukan kalau dapat diambil gambar dan email kepada sahabatpalestine. InsyaAllah laman web kita dalam proses pembinaan. Akan ada galeri sijil.. :)
kita masukkan gambar2 sijil kita...

InsyaAllah dalam masa terdekat, sahabat palestine akan menyiapkan kelendar yang juga ada akuan sumpah boikot. Jadi tiap hari kita tengok kelendar...tiap kali itulah kita akan teringat sumpah kita..tunggu....sikiitttt masa lagi.


Penulis minta diri dulu...berjumpa lg di lain waktu...

p/s- Penulis amat mengharapkan sebarang komen membina dari para pembaca.

No comments:

Post a Comment